CAFF115 : E-portfolio (AHMAD SYAHIR)
Assalamualaikum kepada pembaca blog saya :)
TENTANG SAYA
Hi guys, nama saya Syahir, umur 18 baru menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), berasal dari Kelantan atau lebih spesifik Kota Bharu, Kubang Kerian, saya pelajar animasi sem 1 di Universiti Teknologi Mara Puncak Perdana atau dikenali sebagai (pundana),
Saya memang minat melukis sejak tadika lagi dan saya berhasrat untuk kembangkan lagi bakat saya dengan mengambil khusus Animasi semasa UPU dengan pilihan nom. 1 , Alhamdulillah saya terpilih daripada 3000 orang semasa temuduga hanya 300 sahaja yang berjaya (kalau tidak silap). Dulu kalau cikgu tanya mahu jadi apa cakap nak jadi saintis, 2 3 tahun lepastu nak jadi arkitek pulak sebab minat melukis dan bayangkan arkitek ni ialah pekerjaan "next level" bagi seorang pelukis , saya tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang Animator tapi alhamdulillah mungkin ada hikmah di sebalik kenapa saya terpilih.
Di UITM orentasi pelajar baru dikenali sebagai MDS , minggu destini siswa. Di dalam MDS inilah saya dapat berjumpa dengan kawan-kawan baru dan jugak dapat mengenal tentang sejarah UITM dan lagu UITM. Sepanjang 4 minggu saya melangkah ke alam Universiti ini , saya sedar bahawa kita perlu mendisplinkan diri sendiri, di Universiti sistem pembelajaran dan cara kehidupanya jauh berbeza dari sekolah, jadi hubungan sesama kawan adalah penting supaya kita dapat melangkah jauh juga sebagai sokongan apabila kita kesusahan, tapi perlu diingat bahawa kita tidak boleh terlalu bergantung dengan rakan di alam Universiti kerana akan ada masa kita akan berseorangan di jalan sendiri.
COURSE YANG DIAMBIL
saya mengambil 9 subjek dan 1 kelas tambahan dikenali sebagai "study skill"
1) FUNDAMENTALS OF ISLAM
2) FIGURE DRAWING
3) ILLUSTRATION FOR ANIMATION
4) FUNDAMENTALS OF DESIGN
5) ANIMATION HISTORY AND TECHNOLOGY
6) ART HISTORY
7) NATIONAL KESATRIA I
8) FUNDAMENTALS OF HUMAN DEVELOPMENT
9) ENGLISH FOR COMMUNICATIVE COMPETENCE I
FIGURE DRAWING
untuk kelas figure drawing kami perlu melukis di dalam kertas lukisan bersaiz A4,
di dalam kelas pertama, lecture kami yang bernama Aidin Rahmi Bin Ibrahim mengajar tentang 8 bahagian badan manusia bermula dari kepala hingga kepada kaki untuk lukisn figura ini
8 bahagian tubuh ini mempunyai nama iaitu :
1) kepala
2) tekak
3) dada dan tangan atas
4) perut dan tangan bawah
5) pelvis
6) kaki atas
7) kaki bawah
8) tapak kaki
selepas memahami bahagina tubuh manusia untuk melukis , lecture menyuruh kami untuk melukis figure dengan pelbagai aksi dengan menggunakan rujukan di aplikasi pinterest, di dalam kelas ini saya baru mengetahui bahawa rujukan memang diperlukan untuk mahasiswa dan rujukan bukan lah meniru
Di dalam kelas seterusnya , kami diberi cabaran untuk melukis rangka tengkorak manusia dari kepala hingga kaki , melukis tengkorak merupakan asas untuk memahami tubuh manusia dan pergerakannya,
ini merupakan kali pertama saya melukis rangka tengkorak manusia secara penuh dari kepala hingga kebahagian kaki, bagi saya ini agak mencabar kerana rangka tengkorak ini agak terperinci jika tersilap rangka akan kelihatan pelik.
itu sahaja setakat ini untuk kelas Figure Drawing
ILLUSTRATION FOR ANIMATION
dalam kelas ini kami diajar untuk menjadi lebih kreatif dalam mengembangkan idea dalam membuat
design watak-watak baharu atau dikenali sebagai "Original Character" , assigment pertama untuk kelas
ini ialah melukis 3 watak original dimana setiap watak perlu ada 30 design dengan setiap watak tidak
boleh terlalu sama antara satu sama lain , ini menjadikan satu cabaran kerana ini ialah subjek yang
paling banyak kerja akan ditolak atau di "reject",
Antara 10 design yang saya lukis , gadis yang memakai baju kurung inilah yang dipilih oleh lecture , sebenarnya kalau mengikut kisah asal watak-watak design asalnya dia lelaki tetapi akibat tidak cukup idea saya masukkan juga design watak perempuan dalam ni , lecture kata saya patut buat kisah pasal "SILAT GIRL", hahaha lets gooo
Design yang dipilih ini jugak unik, dalam banyak-banyak design harimau yang saya lukis, design harimau versi manusia juga yang dipilih, mungkin kelihatan comel atau sesuai untuk dibuat jalan cerita
Untuk desingn watak yang ini pulak, hmmm saya tidak merancang pun untuk lukiskan topi padanya di asal jalan cerita watak-watak ini, tapi mungkin akibat nak cepat siapkan design, saya tambahkan topi padanya agak... tidak kena , pahlawan silat melawan musuh topi seperti dalam cerita " Kaito Joker"
pada masa ni kemahiran saya untuk melukis anatomi masih lagi rendah, design yang dipilih ialah yang paling kanan sekali yang ada topeng di lengan
setiap design yang dipilih akan disuruh untuk ditambah upgrade atau tambah idea lagi, jadi saya membuat lakaran design yang agak rumit dan terpereinci menyebabkan kesemua design tambah baik saya di "reject", apa lah nasib tapi saya belajar bahawa untuk kelihatan menarik kita tidak perlu terlalu
memperbanyakkan keterperinciannya (betul ke tak bahasa yang saya tulis ni)
FUNDAMENTALS OF DESIGN
Untuk subjek ini , kami perlu membuat kolaj , teknik gunting-gunting dan tampal di atas kertas, kumpulan
saya mengambil tema seram, mula-mula saya fikir tema ni susah untuk dibuat tapi selepas buat sikit-sikit
saya rasa ok la jugak .
Comments
Post a Comment